Apabila roh keluar dari jasad, ia akan
berkata-kata dan seluruh isi alam yang ada di langit atau bumi akan
mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh
berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk
melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat
daripada seretan malaikat maut”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil
merayu: “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam
keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana
tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”. Apabila dimandikan, roh
sekali lagi merayu : “Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau
menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”.
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak
kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan
diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya karena ingin melihat wajahnya
sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kaena tidak dapat
melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :
“Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda.
Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah
kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari
rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”.
Sesudah mayat diletakkan pada
pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan
mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat
kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,
roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,
jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu
lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan
apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mau
menanggung kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu
berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mau mendoakan aku”.
Ada satu riwayat dari Abi Qalabah
mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar
dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada
tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat
melihat tetangganya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada
mayat tetangganya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
“Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah karena petunjuk daripada
anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh
dan tidak pernah mendoakan aku”. Setelah mendengar jawaban mayat itu, Abi
Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak tetangganya dan menceritakan
apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapak mereka. Mendengar keadaan itu,
anak-anak tetangga itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan
bersedekah untuk bapaknya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah
sekali lagi bermimpi melihat tetangganya. Bagaimanapun kali ini tetangganya
sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: “Kalau
orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan
menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat
melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,
maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah
karena sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap
Jibril A.S.” Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan
menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat
kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di
sekelilinginya. Ini adalah karena terlalu takutnya apabila melihat neraka yang
akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahwa apabila Allah S.W.T.
menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.
Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka
keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh
orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya
berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu,
maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T .dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh
lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah
ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah
S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan.
Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan
kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak
ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini
telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan
tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh karena malaikat maut gagal untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari
arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal
melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini karena kaki
ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki
ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.” Apabila gagal malaikat maut,
mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut coba pula dari
arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri
telinga maka telinga pun berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini karena
telinga ini senantiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali
malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak
menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab
mata ini senantiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini
senantiasa menangis karena takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut
kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh
orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka
malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan
cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan
tenang. Abu Bakar R.A.telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar
dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke
Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga
kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari
mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Wallohua’lam
Tidak ada komentar:
Posting Komentar